Thursday, November 27, 2008

IA TETAP DATANG

Bulan November  2008 , kali ini rasanya sungguh menusuk jiwa ku.
Setelah sebulan bapa mertuaku terlantar di hospital PUSRAWI ia pergi kerahmatullah pada
11/11/08  sedangkan aku juga masuk ke wad Ampamg Putri 8/11/08  dan menjalani pembedahan di belakang  pada 10/11/08 ,  pada hari kematian tersebut aku berjumpa doktor
yang aku akan balik menziarahi  arwah bapa mertuaku  dengan  tangan masih berjarum !!!
Apakan daya  sempat juga aku menjengah  jenazah di mandikan , dikafankan  kemudian
di sembahyangkan selepas solat zohor   ...  ia tetap datang  iaitu kematian

Aku terus berada di hospital  kira-kira seminggu  dan bercuti pula selama seminggu 
Nak dijadikan cerita  giiliran Isteriku pula masuk wad  pada tengahmalam di ampang Putri juga
kerana  darah tinggi  ..  wow  pening juga kepala ku..   Nasib baik dua malam sahaja.

Aku kini sudah berkerja  ,  tetatpi belakang masih bertampal  dan harus dicuci  setiap
hari ...   entah bila baru sembuh betul.

Ia  tetap berlaku  ,   iaitu sakit dan kesakitan .... 
Mati dan kematian juga akan datang ,  entah  bila ... Allah maha mengetahui