Wednesday, August 29, 2007

SATU HARI SATU KEBAJIKAN

Impianku belum tercapai 100%, syukur kepada Allah kerana masih dapat hidup dan menghirup udara yang segar .

Hari demi hari aku terus belajar erti hidup dan kehidupan
Sekembalinya aku dari Mekkah dan selamat menunaikan rukun ke lima itu dan berkesempatan mendengar satu kuliah yang amat bermakna dalam hidupku...

" anda buatlah satu kebajikan setiap hari " ,
tidak kiralah apa kebajikan itu
contohnya : setiap hari nak sedekah/ derma 50 sen .. RM1.00 , RM5.00...
setiap hari nak sedekah pahala FATIHAH kepada kedua ibu bapa
setiap hari nak baca 1 mukasurat Alquraan
setiap hari nak baca surah yasin
setiap hari nak solat DHUHA
setiap malam nak solat Tahajjud

Maka terpulanglah kepada kita untuk buat yang termampu..
Sekian.