Friday, March 24, 2006

KENAPA TAK KAYA

YA , Kenapa tak kaya ?

Kaya adalah sesuatu yang abstrak , ada kaya roti , ada kaya anak , kaya minda
kaya Ilmu , lumrahnya orang nak cari KAYA HARTA

Almarhum Prof Dr ZAABA pernah berkata
Orang melayu ramai yang miskin
Miskin Harta
Miskin dari perangai Mulia
Miskin harta
Amat malang sekali miskin cita-cita

Kekayaan boleh diperolehi dengan berniaga - buat bisnes , 9/10 rezeki dari perniagaan . Sebenarnya banyak jenis perniagaan boleh kita ceburi dari risiko yang rendah hinggalah ke risiko yang tinggi . Majoriti orang masuk dalam syarikat jualan langsung , Single hingga Multi Level Marketing ( MLM )

Ramai juga bertanggapan MLM - adalah syarikat . Meeting Larut Malam
Tapi ada yang berjaya dan maju > jadi Maju Lagi Maju , sebab bonus bertambah

Maka terserah kepada individu itu sendiri untuk memilih syarikat yang boleh
memberikan manafaat kewangan tambahan .


KENAPA TAK KAYA
ANDA TAK PERLU KAYA TAPI BAHAGIA
KALAU KAYA BERBAHAGIALAH ....

* ALLAH BELUM BAGI LAGI WALAUPUN ANDA USAHA
* MINDA BELUM TERBUKA - TAKUT UNTUK KAYA
* ANDA MEMANG TAK MAHU KAYA .
TAPI MAHU BAHAGIA SAHAJA.

****************************************
ALLAH MAHA KAYA

* SEBENARNYA KITA TIDAK PERLU KAYA - CUMA KITA PERLU BAHAGIA
* SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA BANYAKLAH

> TAK KAYA TAPI BAHAGIA > SELAMAT
> KAYA TAK BAHAGIA > TAK GUNA
> TAK KAYA DAN TIDAK BAHAGIA > AWASLAH
> KAYA DAN BAHAGIA > AMAT DICARI
> BAHAGIA DUNIA DAN BAHAGIA DIAKHIRAT - AMAT BERUNTUNG

BAHAGIA DAN CELAKA - UNTUNG NASIB
RIDHA ALLAH PERLU DICARI
DAPAT UNTUNG SELAMA-LAMANYA ..

JEMPUTLAH TENGOK WEB SAYA
WEB1 : Pengguna Bijak
WEB2 : Untung siki-sikit

Dah tengok boleh join, tak bankrap kalau join
SIKIT SIKIT , LAMA-LAMA BANYAKLAH
TAK PELU KAYA , TAPI BAHAGIA ...
TAPI KALAU DAH KAYA , BERBAHAGIALAH ..
HARTA KEKAYAAN PULA ADALAH AMANAH KEPADA KITA
* KENA INGAT > BAYAR ZAKAT > SEDEKAH
ADA HAK ORANG LAIN KEATAS HARTA KITA ..
>>>>>> mail : e-mail

HYDROTHERAPY

WATER THERAPY

Teknik ni boleh kita cuba , tapi boleh ke tahan 6 glass air sekali jalan..
Tapi yang nak cuba ok lah..

WATER THERAPY ( Hydrotherapy)



Just by drinking 6 glasses of water and without spending on medicine, tablets, injections, diagnosis, Doctor fees, etc. the following diseases will be cured. You can never believe before practicing. Let us see the list of diseases being cured by this therapy.

Diseases cured by Drinking water:

  • Headache
  • Urogenital diseases
  • Blood Pressure/Hyper Tension
  • Hyper acidity
  • Anemia
  • Gastro-enteritis
  • Rheumatism
  • Dysentry
  • General Paralysis
  • Rectal Piodapse
  • Obesity
  • Constipation
  • Arthritis
  • Hostorthobics
  • Sinusitis
  • Diabetes
  • Tachycardia
  • Eye diseases
  • Giddiness
  • Opthelmic Haemorrhage & Opthalmia (reddish eye)
  • Cough
  • Irregular Menstruation
  • Asthma
  • Leucamia
  • Bronchitis
  • Uterine cancer
  • Pulminory Tuberculosis (T.B.)
  • Breast cancer
  • Meningitis
  • Laryngitis
  • Kidney stones

How does pure water act?

Consuming ordinary drinking water by the right method purifies human body. It renders the colon more effective by forming new fresh blood, known in medical terms as Haematopaises. That the mucousal folds of the colon and intestines are activated by this method, is an undisputed fact, just as the theory that new fresh blood is produced by the mucousal fold.

If the colon is cleaned then the nutrients of the food taken several times a day will be absorbed and by the action of the mucousal folds they are turned into fresh blood. The blood is all important in curing ailments and restoring health, and for this water should be consumed in a regular pattern.

How to do this water therapy?

  1. Early morning after you get up from bed (without even brushing your teeth) drink 1.50 litres of water i.e., 5 ? to 6 ? glasses. Better to premeasure 1.50 litres of water. Let us all know that our ancestors termed this therapy as "Usha Paana Chikitsa". You may wash your face thereafter.
  2. Here it is very essential to note that nothing else - neither drinks nor solid food of any sort - should be taken within 1? hours before and after drinking this 1.50 litres of water.
  3. It is also to be strictly observed that no Alcoholic drinks should be taken the previous night.
  4. If required, boiled and filtered water may be used for this purpose. Is it possible to drink 1.50 litres of water at one time?
  5. To begin with, one may find it difficult to drink 1.50 litres of water at one time, but one will get used to it gradually.

Initially, while practising you may drink four glasses first and the balance two glasses after a gap of two minutes. Initially you may find the necessity to urinate 2 to 3 times within an hour, but it will become normal after sometime. By research and experience, the following diseases are observed to be cured with this therapy within the indicated days as below

  • Constipation: 1 day
  • Acidity: 2 days
  • Diabetes: 7 days
  • BP & Hypertension: 4 weeks
  • Cancer: 4 weeks
  • Pulminory TB: 3 months

Note:

It is advised that persons suffering from Arthritis or Rheumatism should practise this therapy thrice a day, i.e., morning, midday and night, 1 hours before meals - for one week; and twice a day subsequently till the disease is cured.

We make an earnest request that the above method should be read and practised carefully. By God's grace all should lead healthy life.

Courtesy: http://www.advanceproduct.com/

SN 240306 - 16:45

Thursday, March 23, 2006

PENGURUSAN MASA

Allah beri masa yang sama kepada semua manusia dengan adanya siang dan malam sehari 24 jam , walaupun terdapat perbezaan jangkamasa siang dan malam kerana kedudukan geograpi yang berbeza tetapi masanya masih sama .

Junjungan besar nabi Muhammad SAW ada berpesan mengenai masa MASA supaya bersedia
untuk berbakti kepada ALLAH

Masa muda sebelum tua
Masa sehat sebelum sakit
Masa lapang sebelum sempit
Masa kaya sebelum miskin
Masa hidup sebelum mati


Allah ada memberikan peringatan : Quraan Al 'Asr - Surah 103:1-3

Demi masa , sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian , Melainkan kepada orang yang beriman , yang beramal 'saleh serta berpesan-pesan kepada kepada yang kebenaran dan kesabaran

M - MEMBUAT } Amalan mulai dengan niat
A - APA-APA } yang tidak tahu kena belajar , tuntut ILMU
S - SURUHAN SURUH BUAT > Wajib dan Sunat ; SURUH TINGGAL > Haram dan Makruh

A - ALLAH : Nama bagi tuhan yang Esa , Terdapat nama lain - Asma Ulhusna 99 Nama

Segala amalan . ibadah hendaklah dimulakan dengan niat - Hadis

Uruslah masa kita dengan sebaik mungkin
Alangkah peliknya hidup manusia yang tidak cukup masa yang diberikan oleh ALLAH
Peliknya manusia hendakkan SYURGA tetapi tidak berusaha ke arah itu
dan pelik juga manusia yang hendakan KAYA tatapi tidak berusaha ke arah itu

Diharap kita dapat membezakan antara buruk dan baik
Harapan kita segala amalan diterima ALLAH . Amin ..

SN 230306 :22:25

FARAID

Pembahagian harta mengikut syrariat Islam adalah wajib , Allah telah menentukan pembahgian harta kepada waris dengan secara adil. Contoh pengiraan secara faraid dapat diperolehi dengan mudah . Walau bagaimana pun kita harus merujuk kepada pejabat atau Jabatan agama yang berkenaan untuk maklumat terperinci

Klik disini untuk maklumat pengiraan faraid.
Maklumat lain mengenai Faraid > Klik


SN 230306

Wednesday, March 22, 2006

STEPS TO ACHIEVING ANY GOAL


STEPS TO ACHIEVING ANY GOAL


1. Write It Down
Goals are specific, measurable, and time-bounded. Write your goals so that they
reflect all three components. Remember - SMART

2. List Your Personal Benefits
Identify exactly "Why" you want to achieve this goal. List all the ways you will you
benefit personally.

3. Analyze Your Current Position
Success is information dependent. You need integrity in your information. Identify
exactly your specific strengths, weaknesses, and opportunities as it relates
to achieving this goal.

4. Identify Obstacles and Risks
List everything that could possibly prevent you from achieving this goal.

5. Identify Investments and Sacrifices
List everything, including time, money, and sacrifices that you can anticipate.

6. Knowledge Requirements
Identify what additional knowledge you need to acquire or have access to.

7. Support Team
List the people, groups, and organizations you may need help from as well as the
specific role each one plays.

8. Develop Your Plan
List in chronological order each activity and their corresponding target dates for
completion. Use all the information gathered in previous steps to develop your plan.

9. Set a Deadline
Determine on what date you will achieve this goal

10. Reward and Celebrate
Identify your reward for the achievement of this goal. You deserve it!



***********************************************************


Set Specific Goals
Set specific measurable goals. If you achieve all conditions of a measurable goal,
then you can be confident and comfortable in its achievement. If you consistently
fail to meet a measurable goal, then you can adjust it or analyse the reason for failure
and take appropriate action to improve skills.


Set Realistic Goals
Goals may be set unrealistically high for the following reasons:
Other people: Other people (parents, media, society) can set unrealistic goals for you,
based on what they want. Often this will be done in ignorance of your goals, desires
and ambitions. Insufficient information: If you do not have a clear, realistic
understanding of what you are trying to achieve and of the skills and knowledge
to be mastered, it is difficult to set effective and realistic goals.

Always expecting your best performance: Many people base their goals on
their best performance, however long ago that was. This ignores the inevitable backsliding
that can occur for good reasons, and ignores the factors that led to that best performance.
It is better to set goals that raise your average performance and make it more consistent.

Lack of respect for self: If you do not respect your right to rest, relaxation and pleasure
in life then you risk burnout.


220306

MINYAK OH MINYAK

Hidup dan kehidupan ~ Kehidupan semakin sempit dengan naiknya harga minyak
Ramai yang mengeluh , pasal terlampau tinggi , bukan 3 sen tapi 30 sen . kalu dulu isi
minyak RM 50 , sekarang jadi RM 60.00 . Dengar cerita bukan minyak saja naik
tambang bas 50 sen dah jadi RM 1.00 ( anak saya dah kena )

Ya , ada orang macam biasa, ada yang tak biasa dan ada sangat luar biasa. Harga barang
naik dia tak kisah , tambang bas naik tak kisah , kerana mereka tak merasa semua ini
sumber pendapatan mereka hebat .....

Macam kita kena carilah peluang buat bisnes - bisnes yang berisiko rendah dan selamat

Anda boleh cuba , anda tidak rugi apa-apa , anda tidak ditembak pun.
Realbiz
majuminda.com
best4u

Tuesday, March 21, 2006

TANDA TANDA MATI

Bila umur sudah hampir senja , elok kita ingat saat kematian , menungkan kemana arah tuju kita . Buatlah amalan yang disarankan oleh nabi kita . Aku tinggalkan dua perkara yang patut kamu ikut ia-itu Alquraan dan Sunnahnya. Bila dengar ceramah ada yang lekat dan banyak yang hanya tempias dan melayang entah kemana. Aku tabik kepada mereka yang cukup taat, semoga berbahgialah ... InsyaAllah aku juga berusaha ke arah kebaikan.

Mengenai tanda-tanda kematian , ada beberapa versi yang panjang dan ada yang pendek sahaja.
Aku pilih yang panjang cerita ada disiarkan diakhbar.

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan dari Allah SWT serta kemaafan manusia dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. MATI adalah ketentuan Allah

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHU 'ALAM
210306


Monday, March 20, 2006

HIDUP DAN KEHIDUPAN

Aku selalu ingatkan diriku supaya selalu ingat mati
Baru-baru ni MakNgahku baru meninggal , kira-kira 2 bulan lama ia koma . Umur 84
tahun .. semoga Allah rahmati rohnya , Al Fatihah
Sekarang pula ayah mentua pula uzur , semoga ia cepat sembuh dan dapat beribadah dengan sempurna.


Ustaz selalu beri ceramah , ingatkan mati adalah satu zikir
Ia berpahala ..

Almarhum Kiai Prof Dr. Hamka ada memberi ungkapan yang
sedap didengar tetapi awaslah..

Wahai manusia ,, Bila mana Uban sudah bertabur,
Mata sudah kabur , Gigi banyak yang gugur
Urat-urat banyak yang dah kendur ..
Maka bersiap-siaplah ke lubang kubur.

Ingatkan mati bukanlah suatu yang NEGATIF kerana ia disuruh oleh nabi kita .
MAUT akan datang ia tidak boleh dicepatkan atau dilambatkan ...

Amaran awal seperti diatas jika sudah diterima , maka eloklah
bersiap-siap menghadapi tuhan Rabbul Jalil ..

Wahai tuhan ampunilah segala dosaku , Rasulullah suruh kita
selalu beriistighfar ( bertaubat ) tak kurang 70 kali.

Ah ... Penghulu istighfar sudah lama ku tinggalkan..
Allahumma Anta Rabbi , La ilahailla Anta
Halaq tani wa ana 'abduka , wa ana 'ala 'ahdika
Wawa'adikamastata'tu Abu ulakabinikmatika 'alaiya
Wa abu bizambi, farghfirli fainnahu yaghfiruzzunuuba illa anta

* sila rujuk pada kitab-kitab ( tulisan jawi )
antaranya - Kitab mustajab doa , risalah panduan haji dll.

Rujuk doa - Penghulu istighfar > Klik

_________________________________________________________


BANTUAN KECEMASAN - PESAKIT STROKE

BANTUAN KECEMASAN UNTUK
PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Berita baik mengenai pesakit angin ahmar / stroke -
Ada member hantar e-mail artikal best ni , terdapat tip yang amat berguna dan boleh diamalkan semasa kecemasan .

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan- rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.” Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya. Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT .

BULITEN AMAL BIL: 1/2006
DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK
PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN

TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net
Boleh dipanjangkan kepada kekawan - Amat berguna